Get this widget here

Jumaat, 24 Ogos 2012

MEDIA LUAHAN

SESETENGAH RAKAN MASIH
MENGINGATI DIRI TEMAN NI
ADA YANG TEMAN HAMPIR LUPA
TETAPI DIA MASIH MENGENALI TEMAN
CUMA.....
RAKAN YANG TEMAN HARAPKAN
TAK JUGA KUNJUNG TIBA
KEBANYAKKAN MEREKA SUDAH BAWA
HALUAN DAN PERJALANAN HIDUP
MASING-MASING




RAYA KALI INI
TIDAK PUTUS-PUTUS
SAHABAT-SAHABAT TEMAN
DATANG MENJEMPUT KE RUMAH TERBUKA
ADA JUGA YANG TEMAN TAK HADIR
DALAM KEGEMBIRAAN DIRAIKAN BERSAMA
TIMBUL RASA TERHARU DAN KESEDIHAN
DALAM DIRI INI



DALAM SUASANA TEMAN YANG BARU
TEMAN MASIH UTUH DENGAN SAHABAT LAMA
JIKA BOLEH..BIARLAH MEREKA
YANG AKAN BERSAMA TEMAN SAMPAI AKHIR
TETAPI.. KEHIDUPAN MEREKA
BUKANLAH SEMATA-MATA UNTUK TEMAN



SEORANG SAHABAT BERKATA KEPADA TEMAN
DUNIA INI TERLALU KECIL UNTUK DITANGISKAN
BAGAIMANA TEMAN TIDAK MENANGIS
MEREKALAH YANG TELAH MEWARNAI
DUNIA KECIL TEMAN INI




KEPADA MEREKA BEREMPAT
TEMAN HARAP KALIAN TAK LALUI
APA YANG  TEMAN LALUI
BIARLAH PERKARA ITU TEMAN SENDIRI
YANG MENGETAHUI
DAN SALAH SEORANG DARI KALIAN.............



LAMBATLAUNTEMANAKANLUPA
TAPITEMANTAKNAK

Rabu, 22 Ogos 2012

SUASANA KU.. HARI RAYA KU

TERIMA KASIH KEPADA DIA
KERANA MENGERAKKAN TEMAN
UNTUK MENULIS BLOG
DAH LAMA TEMAN TAK MENULIS BLOG
SEJAK MENINGGALKAN DUNIA PERKOMPUTERAN


KESINAMBUNGAN DARI HITAM EMAS
TEMAN MASIH DENGAN PENDIRIAN TEMAN
SEBAGAI SEORANG PEMERHATI
WALAUPUN RAMAI YANG TAK SENANG
DAN MENYURUH TEMAN UNTUK BERUBAH
MASIH LAGI DALAM SUASAN RAYA..
KEMERIAHAN RAYA TERLETAK PADA KELUARGA
BAHAGIANYA KELUARGA... MAKA MERIAHLAH RAYA
SESUATU  YANG TAK PERNAH TEMAN LALUI
SEPERTINYA TIADA ERTI  SUASANA RAYA TAHUN INI

NAMUN SAHABAT TEMAN SEOLAH-OLAH
MEMAHAMI AKAN SUASANA TEMAN
MEREKALAH YANG MENGHIDUPKAN
SUASANA RAYA PADA DIRI TEMAN
AMATLAH TEMAN SAYANGI KAWAN LAMA
KERANA MEREKA MEMAHAMI TEMAN

KEPADA MEREKA BEREMPAT
SALAM EIDULFITRAH
MAAF ZAHIR DAN BATIN
LAMBAT TEMAN MENGUCAPNYA
KEPADA KALIAN
MAAFKAN TEMAN ATAS SEGALA
KESILAPAN TEMAN
MASIH BANYAK CACAT CELA DIRI INI
HARAP KALIAN MAAFKAN

WALAUPUN KINI TEMAN DI SUASANA BARU
SMKDHMTC DAN GMIB
TETAP UTUH DI HATI TEMAN
KALIAN YANG MEMENUHI
DUNIA TEMAN INI

APA YANG INGIN TEMAN SAMPAIKAN WAHAI SAHABAT
JAGALAH BATAS GAUL MU
BUKANLAH NIAT TEMAN INGIN TUNJUK PANDAI
SEDANGKAN DIRI INI MASIH KURANG ILMU
MANA YANG SALAH HARUS TEMAN MENEGURNYA
KERANA TEMAN SAYANGKAN KALIAN

TIDAKLAH TEMAN BERANI
MENEGUR KALIAN SECARA HADAPAN
BIARLAH KALIAN MENYEDARNYA SENDIRI
JAUH DISUDUT HATI TEMAN
MAJORITI YANG TEMAN KENALI
BERJAYA MENCORAKKAN KEHIDUPAN
MEREKA MASING-MASING

MEMBUATKAN TEMAN SEDAR
TEMAN SUDAH LAMA MENINGGLAKAN KAWAN LAMA
PABILA BERTEMU SEMU;A
SEMUANYA SUDAH BERBEZA
TETAPI ITU TIDAK MENGUBAH PERSEPSI TEMAN
KERANA KELIAN TETA- SAHABAT TEMAN
AKAN TEMAN MENGINGATI KALIAN


Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu

Khamis, 14 Jun 2012

PERGI.... MENINGGALKAN

CATATAN KALI INI  UNTUK KAWAN-KAWANKU
DI GIATMARA IPOH BARAT SESI JAN-JUN 2012
 SUDAH RAMAI SAHABAT-SAHABAT KITA
 TELAH MENINGGALKAN GMIB
RAMAI JUGA YANG BERSEDIH

SAHABATKU...
PERGINYA MEREKA MENINGGALKAN KITA
ADALAH UNTUK MEREKA MENGEJAR
KEHIDUPAN MASA DEPAN MEREKA
MASA DEPAN YANG CERAH UNTUK MEREKA
JANGANLAH KITA IBARAT TEMBOK
MENGHALANG CITA-CITA MEREKA

KITA SEHARUSNYA BERBANGGA
SAHABAT KITA BERJAYA MENCORAKKAN
MASA DEPAN MEREKA
SETIAP PERMULAAN ADA  PENGHUJUNG
SETIAP PERMULAAN ADA PENGAKHIRAN

INGATLAH...
KEHIDUPAN MEREKA BUKAN SEMATA-MATA
UNTUK KEHIDUPAN KITA
KITA PERLU FIKIRKAN KEHIDUPAN MEREKA

UNTUK MEREKA....
SEMOGA BERJAYA SAHABAT
DOAKU UNTUK MU


KEPADA Z&Z
TEMAN SEDAR TEMAN BANYAK
KASAR DARI LEMBUT KEPADA MEKEME BERDUA
TAPI.. PERCAYALAH
ITU CARA TEMAN TUNJUKKAN
KASIH SAYANG TEMAN
BUKAN TEMAN  TAKNAK BERLEMBUT
KESEDIHAN YANG LALU MENUTUPNYA
JIKA TIDAK BERPUAS HATI
JANGAN BAGI TEMAN TAHU
BIARLAH TEMAN TIDAK MENGETAHUI
ADA PERKARA KITA TAK PERLU TAHU

I willingly died to defend you!
TEMAN BANGGA DENGAN KALIAN BERDUA
TERIMA KASIH KEPADA ALLAH
KERANA MENEMUKAN AKU
DENGAN MEREKA BERDUA

Sabtu, 9 Jun 2012

ADUHAI 'PETI BESI"

ADAKALANYA MENJADI "PETI BESI" AGAK SUKAR
SEGALA RAHSIA DISMPAN DIDALAMNYA
DAN TIDAK AKAN DIBUKA OLEH PIHAK LAIN
SATU AMANAH YANG BESAR MENJAGA RAHSIA
TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI PERLULAH DIPIKUL

MENJADI SUKAR PABILA
PIHAK LAIN CUBA UNTUK MENGETAHUI
KANDUNGAN PADA "PETI BESI" TERSEBUT
LAGI  MEMEDIHKAN ORANG TERSEBUT
ORANG  DEKAT DAN TIDAK SANGGUP
 MELUKAKAN HATINYA

SEGALA RAHSIA TERSIMPAN DI SITU
RAHSIA BAIK MAHUPUN YANG BURUK
JANGANLAH DIUSIK "PETI BESI"
BIARLAH SEGALA KANDUNGAN DALAMNYA
DISEMADIKAN DIDALAMNYA

MEREKA TIDAK AKAN TAHU
TIDAK AKAN FAHAM
MENGAPA DIA MENJADI "PETI BESI"
BIARLAH DIA DENGAN DUNIANYA
DUNIANYA YANG BEGITU SEMPIT

BERKATA BENAR WALAUPUN MENYAKITKAN
ADA PERKARA KITA TIDAK PERLU TAHU

Jumaat, 8 Jun 2012

NAMPAK KASAR.. NIATNYA UNTUK MENDIDIK

APABILA KITA BERGELAR SEBAGAI  SEORANG PELAJAR
SERING KALI KITA DITEGUR ATAU DIMARAH OLEH GURU KITA
DAN TIPULAH JIKA TIDAK TERSIMPAN PERASAAN MARAH
APABILA DITEGUR DENGAN SEDEMIKIAN RUPA



WALAU BAGAIMANAPUN
NIAT GURU ITU TIDAK LAIN TIDAK BUKAN
MELAINKAN HANYA UNTUK MENDIDIK
TIDAK PERNAH LAGI
AKU BERJUMPA DENGAN GURU
YANG MEMARAHI PELAJARNYA TANPA SEBAB
SETIAP TINDAKAN MEMPUNYAI SEBAB


KINI AKU SEDAR
KEKASARAN CIKGU TERHADAP AKU
MEMBUATKAN AKU BERADA
DITEMPAT AKU SEKARANG INI
JIKA SEBELUM INI AKU MARAH KEPADA MEREKA
KINI AKU MALU PABILA BERJUMPA MEREKA


KEINGINAN UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
TERPAKU DIDALAM HATI
TERKUNCI MATI DIDALAM HATI

JAUH DI SUDUT HATI AKU BERKATA
DIALAH YANG TELAH BERJASA KEPADA AKU
TIDAK PERNAH BELIAU MEMINTA
BAYARAN TERHADAP USAHANYA

SUNGGUH MULIA TUGASNYA




HARI INI AKU MELAKUKANNYA
NAMPAK KASAR..NIAT AKU HANYALAH UNTUK MENDIDIK
MAAFKAN AKU KAWAN JIKA KAU MARAH
JIKA KAU BERNIAT 
UNTUK MEMBALAS KEMARAHAN KAU
SILAKAN... AKU TIDAK AKAN MELAWAN




AKU TIDAK SANGGUP BERTINDAK ASAR
TERHADAP KAWAN-KAWANKU
PASTI TIMBUL PERASSAN BERSALAH
DAN PENYESALAN TERAMAT
WALAUPUN NIAT AKU BAIK
MOGA MEREKA BOLEH MENILAINYA



AKU MENANGIS APA YANG TELAH AKU LAKUKAN
TAPI ITU SAJA CARANYA UNTUK MENYEDARKAN KAU
 SEKALI LAGI.. MAAFKAN AKU KAWAN

Selasa, 5 Jun 2012

KEAGUNGAN ZIKRULLAH

AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH
TUHAN YANG MAHA AGUNG
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
ALLAH HIDUP,BANGUN DENGAN SENDIRINYA
DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA



MAHA SUCI BAGI ALLAH

SEGALA PUJI BAGI ALLAH
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH
MELAINKAN ALLAH

ALLAH..ALLAH..ALLAH.. YA ALLAH



CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI TUHAN

TIADA YANG LAIN DIHATIKU MELAINKAN ALLAH
NUR IAITU CAHAYA MUHAMMAD
SELAWAT DAN SALAM KEATASNYA
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH



TIADA BAGINYA MELAINKAN
YANG MAHA MELINDUNGI




TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

RAJA YANG BENAR DAN JELAS
DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA BESAR
JANJINYA LAGI MAHA AMANAH

AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH
TUHAN YANG MAHA AGUNG 
DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH


YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH.. YA ALLAH
WAHAI TUHAN YANG MAHA LEMBUT
WAHAI YANG MAHA MEMBUKA
WAHAI YANG MAHA MENGETAHUI
WAHAI YANG MULIA
MAHA PERKASA DAN MAHA GAGAH

YA ALLAH.. YA ALLAH.. YA ALLAH..
YA ALLAH.. YA ALLAH.. YA ALLAH..
YA ALLAH.. YA ALLAH.. YA ALLAH..
YA ALLAH.. YA ALLAH.. YA ALLAH.. 


KAMI BERTAUBAT PADAMU YA ALLAH
KAMI KEMBALI PADAMU YA ALLAH
KAMI MENYESAL ATAS PERBUATAN KAMI YA ALLAH

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. YA ALLAH..


SETIAP KALI AKU INGIN
MEMUJI YANG MAHA ESA
HATIKU BERASA SEBAK
DAN MENANGIS
YA ALLAH
INGIN AKU MEMUJI MU YA ALLAH

Isnin, 4 Jun 2012

USAHA AKU, PERJUANGAN AKU SEBELUM AKU TUTUP MATA

UNTUK CATATAN KALI INI
SAYA MENGAMBIL SEDIKIT INFO
DARI  http://ms.wikipedia.org/wiki/Khilafah




Khilafah (bahasa Arab: خلافة), adalah kepemimpinan, imamah, biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan khalifah.
Menurut al-Quran segala sesuatu di Bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang diperolehi seseorang hanyalah kurnia daripada Allah (swt). Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keridhaan-Nya.


“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

KINI KITA SEMUA DI PERINGKAT YANG KEEMPAT
OLEH HAL SEDEMIKIAN
AKU TERLALU MENGHARAPKAN
AGAR KHILAFAH DAPAT DIWUJUDKAN
DI NEGARA KU INI
KHILAFAH SAJA DAPAT MENYELAMATKAN
UMAT ISLAM SEJAGAT
IBARAT PERISAI KEPADA UMMAH
DEMOKRASI,DIKTATOR,KOMUNIS
DAN LAIN-LAIN
MERUPAKAN FAHAMAN DARI BARAT
UNTUK TERUS MERACUNI
PEMIKIRAN UMAT ISLAM

SAUDARA KITA DI TIMUR TENGAH
TERUS HIDUP TANPA PEMBELAAN SEWAJARNYA
JANGANLAH MEGHARAPKAN BATUAN ANTARABANGSA
SESUNGGUHNYA KAFIR LAKNAT YANG MENGETUAINYA
MEREKA SENTIASA MENCARI JALAN DAN IKHTIAR
UNTUK MELENYAPKAN AGAMA ALLAH YANG SUCI INI


YA ALLAH YA TUHANKU
DAPATLAH NANTI AKU MELIHAT
BAITULMAQDIS BEBAS DARI
GOLONGAN PENDENGKI AGAMA MU
DAPATLAH AKU MELIHAT KHILAFAH HIDUP SEMULA
DI MUKA BUMI INI DAN PUNCA KEHANCURAN
GOLONGAN KAFIR INI
KAMI YAKIN AKAN JANJI-JANJI MU YA ALLAH

SESUDAH ARAB MELAYU PULA


USAHA DAN PERJUANGAN AKU SEBELUM AKU PEJAM MATA
MOGA ALLAH MERAHMATI USAHAKU INI

BERIKAN PETUNJUK MU YA ALLAH
BAHAWA DIA YANG AKAN MEMBANTU AKU





Sabtu, 2 Jun 2012

LUAHANKU

AKU SEDAR AKAN DIRI AKU
AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH
HIDUP AKU SENTIASA DIKELILINGI
OLEH MEREKA YANG BERPENGARUH

WALAU BAGAIMANAPUN
TERBITNYA RASA SEDIH 
APABILA MENGENANG MEREKA SEMUA
MENGAPA WUJUDNYA PERASAAN INI
MEREKA HANYA INSAN BIASA
TAPI DI MATA AKU MEREKA
INSAN LUAR BIASA 

TIDAK RAMAI YANG MEMAHAMI AKU

BAGI AKU
CIK GUCCIEY LAVENDER SAJA
YANG MEMAHAMI AKU WALAUPUN TAK KESELURUHAN

SEBAB KAMI TAK RAPAT
SEOLAH-OLAH DIA FAHAM
APA YANG CUBA AKU KATAKAN

DIA TAHU APA YANG CUBA AKU SAMPAIKAN
DIA TAHU APA SITUASI AKU
DAN YANG PALING PENTING
DIA SEORANG PENDENGAR YANG SETIA
GUCCIEY LAVENDER
TERIMA KASIH..
TEMAN BETUL-BETUL HARGAINYA

WALAUPUN KITA TIDAK RAPAT
TAPI MEKEME SUNGGUH MEMAHAMI TEMAN
DIMANA TEMAN NAK CARI MEKEME SELEPAS INI
APA-APAPUN DOA TEMAN UNTUK KEJAYAAN MEKEME
MENJADI MUSLIMAH YANG SEBENAR DI DUNIA DAN AKHIRAT
MOGA IMPIAN MEKEME TERMAKBUL




ZULASYRAF... 
TEMAN TAK TAHU APA YANG MEKEME
LIHAT PADA DIRI TEMAN
SAMPAI MENYURUH TEMAN BERUBAH
BIARLAH TEMAN MENDIAMKAN DIRI
TEMAN LEBIH SELESA BERSENDIRIAN
TIDAK BERMAKNA TEMAN KESUNYIAN
JIKA MEKEME DALAM SITUASI TEMAN
MEKEME AKAN FAHAM

TAPI MEKEME TAKKAN FAHAM
BIARLAH MEKEME TERUS
MENYURUH TEMAN BERUBAH

JAUH DISUDUT HATI TEMAN
TEMAN BANGGA KERANA
MEKEME SATU-SATUNYA
INSAN YANG BERJAYA
MENGUBAH PANDANGAN TEMAN

PENERANG JALAN
TEMAN KATAKAN
"BUKAN DIA BERSAMA AKU"
KERANA MEKEME AKAN BERGERAK SENDIRI
PERGERAKKAN MEKEME AKAN LEBIH JAUH DARI TEMAN
SUNGGUH JAUH

BUKANLAH TEMAN MEMPERLEKEHKAN MEKEME
SATU SAJA TEMAN MINTA
JADILAH KHALIFAH SEBELUM TEMAN TUTUP MATA
PANDANGAN DAN VISI MEKEME LEBIH TINGGI
DARI TEMAN

MNGKIN SUDAH SAMPAI MASANYA
TEMAN BERHENTI BERFIKIR PASAL PERKARA INI
DAN MEKEME YANG AKAN MENGAMBIL ALIH
APA YANG TEMAN FIKIRKAN

MUNGKIN TAKDIR TEMAN TIDAK LEBIH
DARIPADA SEORANG PEMERHATI



THAZALY & HIDAYAH
APA YANG MEKEME BERDUA LALUI
TEMAN LIHATNYA PENUH BERLIKU

JUJUR KU KATAKAN
AKU BENAR-BENAR SIMPATI
APA YANG BERLAKU
KEATAS KALIAN BERDUA

SEPERTI SELALU TEMAN KATAKAN
HERO TAKKAN KALAH
TAZA...SUDAH SAMPAI MASANYA
TEMAN BERHENTI
SETAHUN DULU MEKEME SURUH TEMAN BERHENTI
KINI TEMAN AKAN BERHENTI
TEMAN AKAN TUMPUKAN
PADA KESIHATAN TEMAN
SEPERTI YANG MEKEME MINTA DULU

TEMAN YAKIN MEKEME BOLEH 
TERUSKAN TANPA TEMAN
BEGITU JUGA
HIDUPKAN SEMULA PERARAKKAN TU
TEMAN AKAN MENUNGGU DI PENTAS TETAMU







AKU AKAN MENANGGIS
KERANA MEREKA BEREMPAT
SUNGGUH ISTIMEWANYA MEREKA KEPADA AKU
TAPI AKU DIAMKAN SAJA

Rabu, 30 Mei 2012

TUGASAN UNTUK MODUL 12



TUGASAN UNTUK MODUL 12
TEMAN BERKUMPULAN DENGAN
BIRU, KAK FARAH, SOW YAT,DAN AIRA
UNTUK MENGHASILKAN
VIDEO PENDEK

KALI PERTAMA BERLAKON
SEMUANYA SERBA KAYU


DATUK JEFFRYDIN
KEBETULAN MASA NI..
TEMAN TIADA SUARA
NASIB BAIK VIDEO  JENIS SILENT
ELOK-ELOK SUARA MACAM JEFFRYDIN
DAH MACAM RAMLI SARIP
ROCK HABIS
HILANG 60AN
APA-APAPUN ITU SEMUA DUGAAN TUHAN
KEPADA INSANNYA
TERIMA KASIH YA ALLAH
RAMLI SARIP

Isnin, 30 April 2012

GOTONG ROYONG DI PORT















SECARA AMNYA AKTIVITI GOTONG ROYONG NI
TIDAK RAMAI YANG TERLIBAT
BERAPA KERAT SAJA DARI PELATIH
RAMAI YANG ADA KOMITMEN LAIN
PADA HARI GOTONG-ROYONG TERSEBUT
BAGI AKU.. IANYA KOMITMEN
UNTUK GMIB
KERANA PENGURUS SENDIRI YANG MENYURUHNYA
AKU SENDIRI DAH LUPA
APA FUNGSI PORT DIWUJUDKAN
YANG AKU INGAT TUGAS KAMI
HANYA MENGUTIP BATU
MENGAPA BATU???
SEBAB ITU SAJA TUGAS YANG ADA

TERUS TERANG...
UNTUK SESI KALI INI
KAMI IBARAT HIDUP
"BERPUAK" ATAUPUN "ASSOBIAH"
BUAT PERTAMA KALI
AKU BERDIRI TANPA GENG-GENG SURAU
GANJIL SUNGGUH RASANYA
SAMPAI APA YANG AKU KATAKAN
MENGORESKAN HATI SESEORANG
MAAFKAN AKU (JIKA DIA MASIH INGAT)

Sabtu, 28 April 2012

LAWATAN KE PENANG (APRIL)

MENCARI JERUK PALA



LOBI UNIKL
WHERE KNOWLEDGE IS APPLIED

WAJIB BAGI SEMUA "BLOGGER"
YANG LAHIR BAGI MODUL 13
TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER
MEMBUAT CATATAN MENGENAI
LAWATAN  KE KULIM DAN PENANG
(KALAU TIDAK BUAT.. RASA SEPERTI
DAH BUAT DOSA BESAR)

KENAPA KAMI BETIGA??

SEDIA MAKLUM AKTIVITI SAMBIL BERLAJAR INI
DIKELOLAKAN OLEH AJK ILMIAH
TERIMA KASIH KEPADA ORANG
YANG BERTANGGUNGJAWAB
SESEORANG YANG SANGAT SAYA HORMATI
IMAM ZUL



SECARA RINGKAS KAMI SEMUA
DISURUH BERKUMPUL DI
GIATMARA IPOH BARAT
SEAWAL 6.30 PAGI
SEPERTI BIASA
BERTOLAKNYA BUKANLAH 6.30 PAGI


PEKENE PASEMBOR PENANG
SEGAR DALAM INGATAN
MASING-MASING DAH PASANG ANGAN-ANGAN
DAN MEREKA-REKA CERITA
BERKAITAN LAWATAN TERSEBUT
(AKU PUN TERLIBAT SAMA)



TIANG AGAMA DILUPA JANGAN





MULA-MULA KAMI  KE UNIKL DI KULIM
DISANA KAMI DIBERI PENDEDAHAN
MENGENAI TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER
DENGAN LEBIH MENDALAM DAN LUAS
MEMBUATKAN AKU SEDAR
BETAPA LUASNYA BIDANG PERKOMPUTERAN




DAN AKHIR SEKALI KAMI SEMUA KE PENANG
UNTUK BERJALAN-JALAN DAN MAKAN ANGIN
ASALNYA KAMI KESANA UNTUK MELAWAT
TAMAN NEGARA.. WALAU BAGAIMANAPUN
HUJAN YANG TURUN MEMBATALAKAN NIAT KAMI
OLEH  ITU  KAMI SEMUA BERJALAN-JALAN DI
SEKITAR PENANG
DAN PEKENA PASEMBOR PENANG
DAN BERBELANJA RM1O
DI QUEENSBAY


SAMPAI KE MALAM KAMI DI PENANG
APA-APA PUN.. SEMUA YANG TERLIBAT
DALAM LAWATAN TERSEBUT
BERSUKA RIA
(DALAM SIBUK BEKERJA
SEKALI SEKALA BERHIBUR)


AL-FATIHAH
DATUK AHMAD JAIS
TERINGAT LIRIK LAGU
ALLAHYARHAM DATUK AHMAD JAIS

"PULAU PINANG..PULAU MEMBAWA KENANGAN
HATI TERTAWAN OLEH MUTIARA DARI PULAU PINANG"

Selasa, 10 April 2012

KESIBUKKAN BERMULA.. (APRIL)

BULAN INI AKU MULA TERBABIT DENGAN AKTIVITI LUAR GIATMARA
SALAH SATUNYA
SEDIA UNTUK BERTIKAM LIDAH
PERTANDINGAN DEBAT ANTARA GIATMARA DENGAN KOLEJ COSMOPINT
DEBAT BERKAITAN DADAH
INGAT!!!!!
YANG SALAH BUKAN DADAH
TETAPI PENYALAH GUNAAN DADAH

MENCARI KELEMAH PIHAK
 LAWAN
PADA MULANYA BUKAN AKU
YANG SEPATUTNYA BERDEBAT
ENTAH APA YANG TAK KENA
ORANG KETIGA TARIK DIRI
JADI TEMAN DENGAN GATAL-GATALNYA
MENAWAR DIRI UNTUK AMBIL ALIH KEKOSONGAN TERSEBUT
(KESIAN ZUL DAN ARIFF.. BERHARAP SANGAT
PERTANDINGAN TU DIBATALKAN

TEMAN ROSAKKAN RANCANGAN MEREKA)
MALAM SEBELUM PERTANDINGAN
(BUAT KARANGAN)


DEMI MENJAGA REPUTASI KAMI
KAMI GIAT BERLATIH
AGAR KEMENANGAN MILIK KAMI
SEHARIAN KAMI BERLATIH
UNTUK MEMATAHKAN HUJAH PIHAK LAWAN
ITU DAN INI HUJAH KAMI
SAMPAI KEPADA PENGURUS
(BELIAU NAK UJI KAMI)
SEPATAH KAMI TAK DAPAT BERCAKAP
HUJAH-HUJAH KAMI HILANG BEGITU
(KELAKAR SUNGGUH)


HARI BERTANDING PUN TIBA
KEBETULAN KAMI MENJADI PIHAK PEMBAKANG
SEGALA YANG DIKATA PIHAK LAWAN
KAMI PERLU KATA "BANGKANG"
BOLEH DIKATAKAN HUJAH-HUJAH
YANG KAMI LEMPARKAN
ADALAH SPONTAN
LANGSUNG TIDAK BERFIKIR
APA ISINYA


PENGAKHIRANNYA KAMI MENANG
TETAPI ADA URA-URA MENGATAKAN
BAHAWA KAMI DIMENANGKAN
ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI
WAULAHUALAM......

PASUKAN DEBAT GMIB
AKULAH PEMENANG

MENDENGAR KATA-KATA AKHIR DARI JURULATIH


Sabtu, 24 Mac 2012

PERJALANAN DITERUSKAN (MARCH)

DALAM PERJALAN PERGI.. HUJAN PULA
MASUK DI BULAN MARCH.... SEGALA AKTIVTI PELATIH-PELATIH BERJALAN SEPERTI BIASA
MASING-MASING SIBUK MENERUSKAN MODUL MASING-MASING
KAMI SEMUA SUDAHPUN KENAL HATI BUDI MASING-MASING


WALAUBAGAIMANAPUN.... SESIBUK MANAPUN KITA DALAM MENCARI ILMU MILIK ALLAH SWT.....
JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP MEREKA YANG MEMERLUKAN
HAFAL LIRIK LAGU


OLEH HAL YANG DEMIKIAN.... ATAS USAHA AJK KEBAJIKAN
PELATIH-PELATIH GIATMARA IPOH BARAT
MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DI
RUMAH ANAK YATIM
MENGHIBURKAN ANAK-ANAK YATIM

 TINGGI DARJATNYA JIKA KITA MENGEMBIRAKAN
ANAK-ANAK YATIM


DISANA KAMI MENYAMPAIKAN SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA
ANAK-ANAK YATIM....
WALAUPUN TIDAK BANYAK..
DIHARAPKAN DAPAT MEMBANTU MEREKA SEMUA


KEDATANGAN KAMI KE SANA
DAN KEPULANGAN KAMI
DISAMBUT DENGAN RINTIKKAN HUJAN
YANG LAMA-KELAMAAN MENJADI SEMAKIN LEBAT
WALAUBAGAIMANAPUN
KAMI TIDAK MENGANGGAP IANYA SEBAGAI HALANGAN UNTUK
MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN

IANYA HUJAN RAHMAT
SEMOGA USAHA-USAHA KAMI
DALAM MENJALANKAN
AKTIVITI KEMASYARAKATAN
DITERIMA DAN DIREDHAI ALLAH SWT
INSYAALLAH

TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU
KAMI WARGA GIAT.. AMBIL BERAT

BERSYUKURLAH KITA KERANA MASIH DIKURNIAKAN
IBU DAN BAPA OLEH ALLAH SWT
BERKAT DOA DARI IBU BAPA
KEPADA KITA MASIH ADA
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
JANGAN SAMPAI KITA MENYESAL DI KEMUDIAN HARI...

Khamis, 23 Februari 2012

PENGEMBARAAN BERMULA (FEBRUARI)


TUGASAN MODUL 2
DI BULAN FEB BERMULALAH 
PELAJARAN AKU MENGENAL
SEBUAH KOMPUTER
(TIDAK BERMAKNA SEBELUM INI AKU BUTA MENGENAI KOMPUTER)
DIMULAI DENGAN MODUL 2 
(MODUL 1 SUDAH SELESAI MASA BULAN JAN)
MODUL 2 LEBIH MENEKAN MENGENAI
KERJA-KERJA PERKERANIAN
DAN APABILA SEBUT KERJA-KERJA KERANI
MS OFFICE
DIAKHIR MODUL  DIADAKAN PENILAIAN AKHIR MODUL (PAM)
MARKAH PAM UNTUK MODUL 2 AKU........
BIARLAH RAHSIA...



DI BULAN FEB JUGA KAMI SEMUA MASUK MODUL KE 3
MODUL INI  BERKAITAN DENGAN UNI BEKALAN KUASA
(TANPA BENDA NI.. TAK HIDUP KOMPUTER)
DALAM MODUL INI.. SERBA SERBI KAMI DITERANGKAN
PENGGUNAAN UBK DAN KOMPONEN DALAM UBK
DALAM MODUL  NI JUGA.. KAMI DIAJAR
PATERI DAN NYAH PATERI

SEPERTI BIASA DIAKHIR MODUL ADA PAM
DAN MARKAHNYA JUGA BIARLAH RAHSIA

 
DALAM USAHA MENAMBAH ILMU
AKTIVITI RIADAH DILUPA JANGAN
DI BULAN NI JUGA
AJK SUKAN MENGADAKAN
PERTANDINGAN BADMINTON
(TARIKHNYA AKU DAH LUPA)
PERTANDINGAN BADMINTON INI
HANYA ADA SATU KATEGORI SAJA
IAITU KATEGORI BEREGU
AKU BERPASANGAN DENGAN
SI BUDAK BIRU
DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN BADMINTON
JUGA BIARLAH RAHSIA



Selasa, 10 Januari 2012

PERMULAAN AKU DI GIATMARA (JANUARI)

kini aku di GIATMARA
permulaan untuk aku
meneruskan mencari ilmu
selepas alam persekolahan
di bulan JANUARI
berkumpullah aku bersama-sama
kawan-kawan yang baharu
dibawah satu bangunan yang sama
dan memulakan minggu orientasi
pelatih-pelatih baru
GIATMARA IPOH BARAT
SESI JAN-JUN 2012



hari pertama minggu orientasi
masing-masing membuat hal sendiri
kerana masing-masing
tidak mengenali antara satu sama lain
pada hai iru juga kami berkenalan
dengan tenaga-tenaga pengajar
dan merekalah yang akan mendidik kami



seperti biasa minggu orientasi
ibarat tidak lengkap tanpa
adanya sesi suai kenal
antara satu sama lain
disitu aku mula mengenali
kawan-kawan baharu aku
dan juga latar mereka




minggu orientasi juga kami semua
diterangkan hala tuju kami
selepas kami meninggalkan
GIATMARA yang berjasa
GIATMARA lebih menggalakkan
lepasan-lepasan pelatih
menceburi bidang perniagaan


malah kami diterangkan
apa yang bakal kami lalui
sepanjang kami menuntut
di GIATMARA IPOH BARAT
oleh PENGURUS sendiri